Wednesday 2 May 2012

UniMAP mampu jadi universiti terkemuka


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia! ^___^


Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Baginda berkata Unimap mampu menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2020. Hal ini kerana, pencapaian cemerlang dan komitmen yang baik diberikan oleh kakitangannya antara menyumbang kepada pencapaian itu. Baginda juga menyatakan beberapa kriteria pekerja cemerlang yang boleh membantu UniMAP untuk mencapai visi menjadi 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020 iaitu amanah, bijak, cergas, dedikasi dan penampilan diri. Tambahan pula, kecemerlangan yang dikecapi oleh UniMAP baru-baru ini telah membuka mata semua orang bahawa UniMAP mampu menjadi universiti terbaik kelak. Antara pencapaian yang kita kecapi ialah juara MUROC ( Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia ), meraih lima emas dalam MTE ( Ekspo Teknologi Malaysia ), malah UniMAP juga telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Surabaya ( Ubaya ) dalam R&D dan teknologi hijau. Hal yang demikian dapat memperkenalkan UniMAp di persada dunia dan secara tidak langsung menjadi universiti terbaik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment