Wednesday 2 May 2012

UniMAP mampu jadi universiti terkemuka


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia! ^___^


Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Baginda berkata Unimap mampu menjadi sebuah universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2020. Hal ini kerana, pencapaian cemerlang dan komitmen yang baik diberikan oleh kakitangannya antara menyumbang kepada pencapaian itu. Baginda juga menyatakan beberapa kriteria pekerja cemerlang yang boleh membantu UniMAP untuk mencapai visi menjadi 500 universiti terbaik di dunia menjelang tahun 2020 iaitu amanah, bijak, cergas, dedikasi dan penampilan diri. Tambahan pula, kecemerlangan yang dikecapi oleh UniMAP baru-baru ini telah membuka mata semua orang bahawa UniMAP mampu menjadi universiti terbaik kelak. Antara pencapaian yang kita kecapi ialah juara MUROC ( Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia ), meraih lima emas dalam MTE ( Ekspo Teknologi Malaysia ), malah UniMAP juga telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Surabaya ( Ubaya ) dalam R&D dan teknologi hijau. Hal yang demikian dapat memperkenalkan UniMAp di persada dunia dan secara tidak langsung menjadi universiti terbaik di Malaysia.

Thursday 5 April 2012

Pelajar Mati Dipukul Guru Agama. Mengapa ?

Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes-kes sebegini.Kalau dulu kes pelajar dibuli dan dipukul senior sampai mati, kali ini, kes guru agama pula yang memukul anak muridnya yang berusia hanya 7 tahun sehingga menyebabkan kematian.Mengapa perlu jadi begini?
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan.Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama.Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.
Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.
Berikut dibawah adalah sedikit petikan akhbar mengenai kes kejam di atas:
“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.
“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.
“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.
Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.
Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.
“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.
Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.
“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.
Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.
Persoalannya sekarang, adakah perlu seorang guru membelasah pelajarnya sedemikian rupa? Lebih-lebih lagi mangsa hanya berumur 7 tahun.Tidak sepadan langsung dengan suspek yang berumur 26 tahun.Kalau benar pelajar tersebut mencuri, tindakan membelasahnya membabi buta bukanlah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Ada lebih banyak cara yang lebih efektif dan berkesan yang boleh digunakan.Selain itu, guru tersebut juga tidak boleh bertindak tanpa alasan dan bukti yang kukuh.Lebih-lebih lagi kalau dakwaan datang hanya daripada percakapan pelajar-pelajar yang lain.Dengan erti kata lain, hanya syak.
Tindakan membelasah pelajar terbabit bagi kami memang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.Lebih-lagi seorang guru yang berlatarkan pendidikan agama, tidakkah diajar dalam agama mengenai cara mengatasi masalah dan juga mengajar? Kes ini bagi kami sangat berat.Mencabut nyawa seseorang dengan tangan sendiri, hanya kerana atas syak dan wasangka, adalah tindakan yang paling dangkal sekali yang dibuat oleh seorang manusia.
Bagi kami, guru tersebut perlu dikenakan tindakan yang sewajar dan setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.Apa pandangan anda mengenai kes ini?

Kredit BS

Thursday 29 March 2012

seronoknya berzikir :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! ^___^


Kita disarankan untuk berzikir bukan pada hari Jumaat ini saja , bahkan pada setiap masa dan ketika nadi kita berdenyut kecuali ketika di dalam tandas . Tapi oleh kerana kita insan yang selalu lalai dan alpa , kita cubalah mulakan langkah dengan berzikir apabila kita tersedar dari kelalaian agar syaitan tidak dapat terus-terusan menggoda kita.

Zikir juga adalah AGEN PENCUCI HATI yang sangat baik.


Berzikir tu bukan bermaksud kita kena pegang tasbih sepanjang masa . Cukuplah sekadar berzikir dari dalam hati . Membaca al-quran juga merupakan salah satu cara berzikir . Jadi , jika ada mana-mana surah yang sudah kita hafal , sangatlah digalakkan untuk membaca surah-surah itu sambil kita membuat kerja-kerja harian .

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35.

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita. Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’ 
Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi.

selamat beribadah..semoga hati kita akan menjadi lebih tenang dan kita semakin dekat dengan Allah.. :)

10 tempat menyeramkan di dunia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! ^___^

Terdapat banyak tempat menarik dan mengagumkan… namun banyak juga tempat paling SERAM. Ini dia 10  tempat paling menyeramkan di dunia.

1. Segitiga Bermuda

Mendengar Segitiga Bermuda tentu semua orang hampir mengetahui misteri  tempat tersebut. Misteri hilangnya beberapa kapal laut dan pesawat di kawasan Segitiga Bermuda tentu membuat setiap orang tercekam. Di sana juga diyakini menjadi tempat bersemayam Syaitan Segitiga Bermuda. Tempat tersebut terletak di antara Miami, Bermuda dan San Juan (Puerto Rico). Cerita yang paling menarik adalah hilangnya semua  pesawat pengebom pada tahun 1945 dan hilangnya beberapa kapal besar. Anehnya, tidak satu pun mayat atau serpihan pesawat dan kapal ditemukan. Bahkan beberapa alat mencatat gelombang elektromagnet yang ganjil di tempat tersebut. Ramai orang yang percaya bahawa tempat tersebut dijadikan markas makhluk luar angkasa.

2. Edinburgh
Kota terpendam Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari jaringan ruwet bawah tanah, kamar, terowong kapal , dan gang telah terbungkus dalam misteri dan antrk selama ini. Kota ini dibuka tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui keberadaannya, sampai tahun 1985 kota tersebut ditemukan kembali. Diyakini di tempat tersebut menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang bawah tanah.

3. Lizzie Borden B & B

Pembunuh Kampak yang menakutkan di sebuah rumah gaya Yunani di Masschusett sekitar 50 km  selatan Boston. Rumah tersebut dibangun tahun 1845 dan dijadikan tempat pembunuhan Abby and Andrew Borden dengan kampak oleh anak mereka sendiri, Lizzi. Namun Lizzi sendiri tidak pernah terbukti melakukan pembunuhan tersebut dan bebas dari tuduhan. Kes tersebut juga tidak dapat diselesaikan hingga sekarang.

4. London


Di bawah kota kuno di London terdapat sebuah negeri. Kota tersebut dulunya diyakini menjadi saksi kekejaman dengan tulang dan darah berserakan di serata tempat. Jalan Hantu London menjadi tempat paling menyeramkan dan menjadi tempat teristimewa yang diikuti langkah kaki berdarah  legenda kriminal Jack Ther Ripper.

5. New York

Di jalanan kota New York telah lama menjadi tempat paling aneh. Biasanya tempat ini didatangi oleh dua juta lebih penduduk New York yang berkostum menyeramkan. Acara perayaan lainnya yang menarik untuk dikunjungi adalah perayaan hari besar ghoulish yang berisi Halloween.

6. Roswell
 


Beberapa orang meyakini bahawa serpihan-serpihan pesawat yang jatuh di Roswell, New Mexico tahun 1947 merupakan pesawat alien. Dan insiden Roswell adalah satu kontroversi hingga sekarang. Upaya keras pemerintah Amerika Serikat untuk menutupi fakta, membuat banyak pihak yang yakin bahawa ada sesuatu yang sangat penting sedang disembunyikan. Banyak yang yakin bahwa Roswell adalah satu tempat bersejarah dalam fenomena tentang UFO dan “tetamu dari luar angkasa”.

7. Salem
Kota Salem menyimpan cerita tragedi Salem 1692. Pada tahun tersebut banyak orang yang diseksa dan dibunuh kerama dituduh sebagai penyihir meskipun tidak ada bukti. Setiap bulan Oktober, penduduk kota Salem selalu merayakan pesta hantu di beberapa tempat misteri. Salah satunya adalah Witch House, yang merupakan bangunan tertua di Salem dan merupakan rumah Jonathan Corwin, hakim yang bertanggungjawab atas kematian 19 wanita di Salem.

8. Savannah


Savannah merupakan kota tua tertua di Georgia. Kota ini dipercaya mempunyai sejarah panjang terhadap kekerasan dan tragedi berdarah saat revolusi dan perang sivil. Bahkan hal tersebut juga tergambar dari bangunan penduduk di sana yang biasanya di buat beberapa sentimeter di atas tanah. Di sana pengunjung akan di ajak berpetualang di Rumah Bajak Laut yang dalam beberapa abad sangat terkenal. Selain itu Rumah Marshall 1851 yang diyakini menjadi tempat merawat mangsa perang sivil.

9. Hotel Stanley
Hotel ini dibangunkan pada tahun 1909 di pegunungan Colorado. Hotel tersebut Nampak mewah dan menyeronokkan selain  mempunyai restoran yang sangat terkenal. Namun hotel tersebut juga menyimpan misteri. Seperti yang diyakini penduduk setempat bahwa Flora Stanley, pemilik pertamanya, sering melihat dan mendengar suara isteri pertamanya yang telah lama meninggal, bahkan diyakini sering bermain piano bersama. Selain itu, pada lantai empat hotel tersebut terdapat ruangan gelap, dan dari bilik nombor 217 sering kali terlihat sebuah kepala raja.

10. Transylvania

Kota ini terkenal dengan sejarah pontianak. Penghisap darah tersebut diyakini pernah menguasai kota ini. Transylvania juga diyakini menjadi tempat lahirnya dunia kegelapan. Kota yang terletak di bahagian barat Rumania ini menjadi rumah drakula. Istana Bran yang merupakan istana para drakula pada abad 14 juga menjadi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Sekitar 20 kilometer dari kota Brasov, yang dibayangi Gunung Bucegi, terdapat rumah yang dulunya milik seorang putera Romania yang menjadi pontianak.


ANGGUR PERLIS

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! ^___^


Siapa sangka di negeri Perlis pun boleh tanam anggur :)



Perlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri yang mampu menghasilkan produk mempelam harumanis, kini telah menerima satu lagi mercu tanda baru dalam bidang pertanian melalui projek penanaman anggurnya.





Projek tanamam anggur diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP) di kawasan Bukit Bintang berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui projek ini, anggur pertama di ladang terbabit diusahakan di atas tapak seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC, selain lima hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte.

Anggur negara ini terutama di Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu menyaingi anggur dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.





Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam bentuk segar, selain diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah, pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana daunnya boleh diproses menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus, manakala isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.

PADANG BESAR :)

 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! ^___^

Padang Besar..

Sape yang taktau padang besar kat mana mmg tak leh mengaku rakyat Malaysia laa kann..apa yang menarik kat padang besar nie,selalunya orang datang sini untuk membeli belah…banyak sangat barang terutamanya baju yang dijual dengan harga yang berbaloii baloii..tapi, apa yg lebih menarik lagi kat sini semestinya pulut ayam dia….huhhh~~~




The best kat Padang Besar, Pulut Ayam,tempat lain susahh nak cari..Pulut yang dimakan bersama ayam goreng dan sos thai. Ini bukan makanan tradisional orang Perlis tetapi makanan orang warga Thay yang datang daripada sebelah sana. Sedap. Jangan risau, yang berniaga tu orang Islam. Banyak gerai kat Padang Besar tu.

Jangan lupa,bila ke Padang Besar wajib beli pulut susu dia..murahh sangat,yang penting rasanya sedap..tak lengkap kunjungan anda ke Perlis kalau tak singgah ke Padang Besar dan beli beras pulut dia :)

sticky post

assalamualaikum,

blog ni di buat adalah untuk memenuhi kehendak pensyarah kami dalam subject TITAS. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia). kira nyaa ni assignment kami untuk sem dua ini.

marks assignment kami diberi dengan beberapa criteria. salah satunya ialah JUMLAH PENGUNJUNG DAN FOLLOWERS. so, kami berlima, suziyana, umi, unida, miezah dan fiza ingin meminta kerjasama semua follow dan bagi kami A dalam subject titas ni :)

oh yea, blog ni akan berlandaskan isu semasa. any idea on how to make this blog looks like formal but not a boring type, please email to us :)

grouptitas@hotmail.com

terima kasih.salam