Thursday, 29 March 2012

seronoknya berzikir :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ! ^___^


Kita disarankan untuk berzikir bukan pada hari Jumaat ini saja , bahkan pada setiap masa dan ketika nadi kita berdenyut kecuali ketika di dalam tandas . Tapi oleh kerana kita insan yang selalu lalai dan alpa , kita cubalah mulakan langkah dengan berzikir apabila kita tersedar dari kelalaian agar syaitan tidak dapat terus-terusan menggoda kita.

Zikir juga adalah AGEN PENCUCI HATI yang sangat baik.


Berzikir tu bukan bermaksud kita kena pegang tasbih sepanjang masa . Cukuplah sekadar berzikir dari dalam hati . Membaca al-quran juga merupakan salah satu cara berzikir . Jadi , jika ada mana-mana surah yang sudah kita hafal , sangatlah digalakkan untuk membaca surah-surah itu sambil kita membuat kerja-kerja harian .

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:



Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35.

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita. Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’ 
Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi.

selamat beribadah..semoga hati kita akan menjadi lebih tenang dan kita semakin dekat dengan Allah.. :)

No comments:

Post a Comment