salam sejahtera...saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang kebudayaan di negara Perlis yang sedang mebangun ini..selamat membaca..:D
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah diamanahkan oleh Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) untuk menganjurkan Program Sanggar Budaya Pelajar
Antarabangsa Antara IPT 2011 pada tahun ini. Program yang telah berlangsung
dari 8 hingga 11 Disember 2011 ini merupakan anjuran bersama Pusat Hal Ehwal
Antarabangsa (CIA) dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dan
Unit Kajian Strategik (UKS) UniMAP dengan melibatkan pelajar-pelajar antarabangsa
dari seluruh IPT Malaysia bagi menggalakkan integrasi di kalangan mereka.
Bersempena dengan itu, UniMAP telah memilih untuk menggunakan konsep ‘homestay’
di kampung-kampung tradisional terpilih sekitar negeri Perlis dengan melibatkan
80 buah keluarga angkat Melayu.
Antara kampung-kampung yang
terlibat adalah Kg. Ujung Bukit, Bintong; Kg. Chemumar, Guar Sanji; Kg. Simpang
Tiga, Dato’ Kayaman; dan Felda Chuping, Chuping. Seramai 200 pelajar
antarabangsa daripada 30 buah negara terlibat di antaranya China, Uzbekistan,
Yemen, Sudan, Somalia, Jordan, Cameron, Turki, Tanzania, Thailand, Bangladesh,
Palestin, Ethopia dan banyak lagi. Sebanyak 11 buah IPTA dan IPTS telah
menyertai program ini antaranya UUM, UTM, UPM, UM, UMT, USM, UiTM, UNIMAS,
UNITEN, UTP dan MMU. Selaku hos pada kali ini, program ini juga melibatkan 100
orang pelajar baru antarabangsa UniMAP yang turut tidak ingin ketingalan.
Hari pertama program merupakan
sesi pendaftaran dan taklimat khas kepada semua peserta dan petugas program
berlangsung di Dewan Kapitol. Pada hari kedua, Majlis Perasmian Program Sanggar
Budaya dan Inovasi Sosial diadakan di Kampus Pauh Putra UniMAP bersaksikan
hampir 3,000 pelajar tempatan dan antarabangsa berhimpun bagi menyaksikan gimik
pelancaran dan simbolik penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat terlibat.
Majlis disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail, Canselor
UniMAP bersama DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, Pro Canselor UniMAP yang
turut hadir mencemar duli. Turut hadir adalah Y. Bhg. Brig. Jen. Dato’ Prof.
Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP dan isteri.
Program ini bukan sahaja
mendedahkan pelajar antarabangsa dengan adat resam dan budaya masyarakat
tempatan khususnya negeri Perlis, bahkan turut menggalakkan penggunaan
Bahasa Melayu dikalangan mereka. Melalui konsep ‘homestay’ di kampung
tradisional ini, para pelajar berpeluang memahami, menghayati dan menyesuaikan
diri dengan budaya, makanan, aktiviti dan persekitaran kampung Melayu. Program
seumpama ini mampu membentuk perwatakan dan sahsiah diri yang positif selain
mewujudkan perpaduan melalui interaksi kaum dan budaya, bekerjasama dalam
kumpulan tanpa mengira perbezaan latar belakang budaya, bangsa, agama, negara
dan idealogi semua yang terlibat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah
berbeza mengikut kampung. Diantara aktiviti di kampung adalah majlis kenduri,
gotong-royong kampung, permainan tradisional (congkak dan gasing), pembuatan
kraftangan, memasak juadah tradisional, persembahan alat muzik tradisional (hadrah
dan terinai) dan persembahan kebudayaan bersama keluarga angkat masing-masing.
Pada hari terakhir, Majlis Penutup
Sanggar Budaya diadakan di Dewan Felda Chuping. Semua keluarga angkat diminta
berkumpul dan berpusat disitu bagi tujuan penyerahan kembali kepada pihak
UniMAP. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y. Bhg. Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr.
Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP. Majlis turut diserikan dengan
persembahan kebudayaan, aksi seni silat oleh penduduk kampung terlibat dan
nyanyian oleh pelajar antarabangsa sebelum peserta pulang ke universiti
masing-masing.