MAKANAN PERLIS DIPROMOSI DI VIETNAM ( Makanan eksotik di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis (Belangkas & Mentarang)
KANGAR 27 MARCH. - Raja Muda
Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melancarkan promosi masakan
Perlis di sebuah Restoran Halal @ Saigon di Ho Chi Minh City, Vietnam,
baru-baru ini.
Restoran tersebut dimiliki oleh seorang pengusaha
kelahiran Malaysia, Dr. Shimi Sumanthi Muthu Kunju atau lebih dikenali sebagai
Dr. Shimi di bandar raya itu.
Restoran yang beroperasi sejak tiga tahun lalu
itu terletak di No. 31 Dong Du Street, Daerah 1, Ho Chi Minh City dan promosi
masakan tersebut berlangsung sebulan.
Promosi masakan itu bukan sekadar menonjolkan
keenakan pelbagai makanan dari Perlis, tetapi ia juga memperkenalkan Perlis
sebagai destinasi pelancongan menerusi risalah disediakan di restoran itu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berada di
Vietnam diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
Khalil dalam rangka lawatan lima hari ke tersebut. - BERNAMA
Hidangan 'belangkas' bakar dengan air asam... terliurnya
Jangan tersilap, telur belangkas je yang dimakan... harganya
tak lebih RM20 seekor, ikut saiz. Namun ia bergantung pada musim
No comments:
Post a Comment