Thursday 29 March 2012

HANTU NORITA MENGGANAS DI PERLIS



assalamualaikum kawan-kawan..hehe..hari ini saya ingin berkongsi satu maklumat tentang isu yang menyeramkan..huhu.. tak tahu la nak percaya ke tak tapi baca jela yerk..huhu


Ingat tak kes pembunuhan seorang wanita perlis ( pergawati) yang berlaku di sebuah kondo mewah di Kuala Lumpur? Wanita bernama Noritta Samsuddin,22, telah selamat dikebumikan di perkuburan Jejawi, Perlis. Norittan dibunuh di atas katilnya pada bulan disember 2003 tetapi sekarang banyak aduan dilakukan oleh penduduk disitu yang kebanyakannya mendakwa terjumpa denga roh wanita berkenaan berkeliaran di sekitar kawasan berkenaan. Akibatnya ramai peniaga takut untuk berniaga lewat malam dan pekerja-pekerja kilang takut untuk pegi kerja dari kerja pada lewat malam atau lewat pagi. Ini disebabkan akan terserempak dengan hantu Noritta samada di perhentian bas atau tempat menunggu van kilang mereka. Khabarnya, gerai burger juga hanya berniaga pada waktu siang kerana takut hantu tersebut ingin membeli burger.
Diketahui bahawa kuku Noritta (mangsa rogol dan bunuh ) dicabut semasa jenazah dimandikan dan ini menyebabkan hantu berkenaan mencari kukunya di waktu malam.Selain itu, ada pendapat mengatakan Noritta memakai susuk hingga menyebabkan rohnya tak tenteram dan keluar di waktu malam.Penduduk telah meminta pihak polis memberi kebenaran mengorek kubur berkenaan bagi mengeluarkan susuk yangdipakainya. Dan ada cerita mengatakan polis memberi kebenaran menggali kubur berkenaan dan ada pula menafikannya.
Adakah anda percaya hantu?adakah hantu Noritta ini benar-benar wujud kerana berita hantu Noritta ini merayau-rayau di Perlis telah menjadi berita hangat dan setiap perbualan penduduk perlis akan berceritakan kes ini.Apa-apapun hantu memang wujud daripada makhluk ghaib yang wujud di muka bumi ini dan juga satu tipu daya syaitan untuk menakutkan manusia.
Sesiapa yang tak tahu atau tidak pernah ambil tahu tentang kes ini dan ingin tahu lebih lanjut , carilah dalam Utusan Malaysia archive 7,8,9 Disember 2003.

No comments:

Post a Comment