PERLIS- Wanita
tertua di Perlis berhasrat mahu kahwin lagi? Begitulah hasrat wanita yang
berusia 116 tahun ini yang sedang mencari calon bagi menjadi pasangan hidupnya.
Puan Ahmad berhasrat untuk mencari teman untuk mengisi kesunyian hidup
berseorangan.
Puan
menjelaskan hidupnya agak bosan kerana hidup bersendirian sahaja dan berharap
menemui calon suami dari kawasan berdekatan tempat tinggalnya iaitu Padang
Keria.
Puan
mula mendapat perhatian media apabila kisahnya disiarkan setelah berlaku salah
faham di dalam nombor kad pengenalannya. Media sebelum ini melaporkan Puan
Ahmad yang berusia lebih 90 tahun telah bertukar menjadi “belasan tahun”
berdasarkan nombor kad pengenalannya.
Semakan
melalui JPN telah menemui rekod permohonannya ketika memohon kad pengenalan
terdahulu. Justeru Puan Ahmad telah diiktiraf wanita tertua di Perlis kerana
mempunyai tarikh kelahiran pada tahun 1896.
No comments:
Post a Comment