kejayaan takkan datang bergolek. semua perkara perlukan usaha. mahu ijazah? belajar bersungguh-sungguh penyelesaiannya. mahu wang? bekerja dan usaha cari dengan sebaiknya. tapi sebagai seorang islam dan bernaung di bawah kerajaan yang aman, kita harus memikirkan soal haram dan halal dalam melakukan sesuatu. bukan hanya mengambil jalan pintas untuk mengaut kesenangan.
cerita yang kami ingin smpaikan seterusnya merupakan salah satu contoh kerja jalan pintas yang amat popular belakangan ini.
**********
NILAI: Berbekalkan wajah cantik dan tubuh menawan, tiga wanita tempatan memperoleh pendapatan lumayan dengan melakukan persembahan ghairah tarian tiang sambil berpakaian seksi selama 10 minit di sebuah pusat hiburan di daerah ini.
Difahamkan, mereka yang berusia 23 hingga 25 tahun melakukan tarian itu dua kali seminggu di premis berkenaan dengan bayaran RM200 hingga RM250 seorang bagi sesi berasingan iaitu pada jam 1.20 pagi dan sejam berikutnya.
Wanita berasal dari utara dan selatan tanah air itu dipercayai melakukan persembahan mengikut tema berbeza, antaranya tarian ‘ballet’ yang seksi termasuk hanya berbikini untuk tontonan pelanggan.
Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.
Mereka termasuk seorang yang dikatakan menjadi ketua kumpulan itu yang menjadikan tarian tiang sebagai kerjaya, hanya menerima undangan daripada pemilik premis hiburan.
Perkara itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) yang menyerbu pusat hiburan berkenaan, jam 2 pagi kelmarin.
p/s : hidup kita hanya sementara
No comments:
Post a Comment