takdir Allah tak siapa kita boleh tahu.
betul kata orang, malang tidak berbau bagi sesiapa yang akan menerima kejadian yang tidak diingini.
kisah yang ingin dikongsi berdasarkan pengalam pasangan suami isteri yang nyaris ditembak oleh perompak dirumah mereka sendiri.
******
SHAH ALAM - seorang lelaki nyaris maut apabila salah seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk ke dalam rumahnya melepaskan tembakan ke arah mangsa di Jalan Sungai Puloh, Taman Klang Utama malam semalam.
dalam kejadian kira- kira pukul 9.30 malam, mangsa bagaimanapun selamat selepas dua das tembakan yang dilepaskan tidak mengenai beliau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Mohd Adnan Abdullah berkata, kejadian berlaku apabila sepasang suami isteri yang baru pulang dari rumah mereka terkejut apabila mendapati dua lelaki tempatan yang tidak dikenali berada di dalam rumah tersebut.
Menurutnya, mangsa kemudian cuba menghalang kedua-dua penjenayah terbabit daripada melarikan diri namun seorang suspek telah bertindak melepaskan tembakan kearahnya.
"Nasib baik dua das tembakan yang dilepaskan itu tidak mengenai sesiapa namun penjenayah terbabir berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
"Cermin belakang kereta yang dipandu penjenayah terbabit juga dilapor pecah akibat terkena balingan bata oleh mangsa," katanya pada sidang akhbar Hari Polis. Turut hadir, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.
Adnan berkata, siasatan awal mendapati tiada barang berharga di dalam rumah berkenaan yang sempat dilarikan oleh suspek dan gerakan memburuu penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.
kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seksyen 307 kanun yang sama akibat cubaan membunuh.
No comments:
Post a Comment