Wednesday, 28 March 2012

SENSASI lagii


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia ! ^___^
Kenal tak dia nie?




Jackie Chan kini dah boleh menyertai ‘kelab’ orang ternama dan terkenal yang memiliki pesawat sendiri…ini kerana dia sudah pun memiliki jet peribadi bagi membolehkannya terbang ke sana dan ke sini tanpa perlu beratur panjang untuk ‘check in’ dekat mana-mana lapangan terbang.

Pesawatnya baru-baru ini ‘muncul’ di Singapore Airshow. Ia adalah buatan syarikat pembuat jet dari Brazil, Embraer.

Pesawat jenis Legacy 650 itu bernilai kira-kira RM91 juta. Difahamkan sewaktu mendarat di republik tersebut, rombongan media dibenarkan meninjau pesawat itu, tetapi dikenakan syarat memakai selipar khas yang disediakan khusus untuk pesawat 13 tempat duduk itu.

Jet peribadi Jackie Chan itu diwarnakan dengan dua garisan kuning terang yang tertera perkataan JC JET serta karakter naga. Selain Jackie, selebriti Cina lain yang turut memiliki jet peribadi adalah Feng Xiaogang, Jet Li, Chen Daoming, Zhao Benshan, Jay Chou, Brigitte Lin, Fan Bingbing dan Zhang Ziyi.


Jet beliau di udara


struktur dalaman pesawat







No comments:

Post a Comment