Sunday, 25 March 2012

nenek bercinta dengan pengkid

assalamualaikum;

semakin maju dunia, semakin mencabar segala apa yang berlaku. cerita yang ingin dikongsi amat menarik sekali.

*********

KUALA LUMPUR - Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkna teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa yang dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.

Wanita yang mempunyai empat orang cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalinkan hubungan sonsang dan belaian ,anja dengan seorang wanita berpewatakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.

Demi menjaga maruah dan mengelakkan ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan, Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan perkara tersebut kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak yang akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

"Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tidak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalinkan hubungan sonsang dengan pengkid," kata Lily.

No comments:

Post a Comment