Wednesday, 28 March 2012

PERLIS NEGERI INDAH


Ibu negeri : Kangar
Bandardiraja : Arau

Panggilan pemerintah : Raja
Raja : Tengku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail
Menteri Besar : Datuk Dr. Md. Isa Sabu
Keluasan : 810 kilometer persegi
Kod Telefon Rumah : 04 - xxx xxxx
No Plat Kenderaan : R

Sejarah Negeri Perlis
Sejarah bermula pada tahun 1821 di mana pada ketika itu berlakunya tindak balas besar-besaran daripada penduduk tempatan ke atas penjajahan Siam ke atas Kedah. Akibat daripada peristiwa tersebut, pihak Siam berundur dan pembesar tempatan telah diberi kuasa untuk mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu, dan Perlis. Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor di negeri Perlis. Timbalan Gabenor bagi negeri Perlis pada ketika itu ialah Syed Hussin Jamalullail. Inilah detik bersejarah bagi Negeri Perlis di mana telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada sebuah negeri naungan.

Fakta Tentang Negeri Perlis
1. Perlis sebuah negeri yang terkecil di Malaysia, terletaknya di Utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan Thailand di bahagian utara dan Kedah di bahagian selatan.

2. Perlis juga sebuah negeri yang belum lagi terjejas sifat semulajadinya kerana tiada kesibukan kota atau kesesesakan lalu lintas *kecuali hari Jumaat

3. Kos perbelanjaan di Perlis jauh lebih murah berbanding bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, Peneng
Nasi Goreng : RM2 - RM3, Nais Ayam : RM3.5 - RM4.5, Teh Ais : RM1.2 - RM1.4

4. Negeri terpanas di Malaysia dengan rekod suhu tertinggi 40.1 darjah celcius pada tahun 1998. Rasanya sekarang lebih panas (2011)


5. Perlis antara pengeluar beras dan gula(tebu) yang terbesar. Kalau pernah pergi ke Padang Besar melalui jalan Chuping, dapat la lihat kawasan tanaman tebu yang seluas mata memandang. Beras ? Sawah padi ada di mana-mana dalam Perlis.




Perlis negeri yg indah untuk dilawati..tak kenal maka tak cinta..

No comments:

Post a Comment