Mufti Perlis ingatkan Karpal
KUALA
LUMPUR 13 Feb. – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya memberi amaran kepada Pengerusi
DAP, Karpal Singh agar tidak mempertikaikan syariat Islam berhubung sambutan
Hari Kekasih.
Beliau
menegaskan, Karpal bukan ulama Islam dan sama sekali tidak boleh mempertikaikan
syariat yang dilaksanakan oleh Islam.
Beliau
turut menggesa pihak- pihak yang bersahabat dengan Karpal terutama Pas supaya
menilai kembali persahabatan dan ‘kemesraan’ yang terjalin antara mereka.
‘‘Dahulu
mereka (Pas) kata Karpal telah berubah dan mulai memahami Islam namun kita
lihat hari ini dia semakin keras terhadap Islam.’’
‘‘Kenapa
dia hendak mengajar orang Islam bagaimana hendak melaksanakan syariat Islam.
Dia mungkin hebat dalam undang-undang tetapi dia bukan ulama Islam,’’ katanya
ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Karpal yang tidak
bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Karpal
berkata, pendirian tersebut bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan
yang diamalkan oleh negara demokrasi seperti Malaysia.
Sementara
itu, Juanda turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak dalam Pas yang tunduk
terhadap Karpal dalam isu-isu yang membabitkan Islam.
‘‘Sampai
bila hendak tunduk sahaja dengan nasihat agama daripada Karpal,’’ katanya.
No comments:
Post a Comment